ok lah aku tulis sakit jantung ni because aku dapat berita sedih hari ni yang merupakan detik sejarah dalam c0uple-couple aku bahawasanya chewahhhh ayat skema plak kan.. hari ni aku dapat berita pakwe aku sakit jantung.. k0rang tentu nak tau berapa umur dia kan sebabnya sakit jantung kan kat orang-orang yang lanjut aje..
oleh itu diistiharkan.. trengg..trengg.. treenngggg... DUMMMMM.. pakwe aku baru 24 TAHUN.. muda g kan
5 tanda yang perlu diperhatikan:
- Kelesuan
- Aktiviti menjadi terhad
- Dada terasa sesak
- Buku lali bengkak atau edema
- Sesak nafas
Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan kegagalan jantung.
Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung. Masalah tersembunyi iaitu Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi. Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok (jika saluran darah ke otak terhalang).
4 faktor risiko yang tidak boleh diubah:
- jantina (lelaki)
- peningkatan umur,
- bangsa
- sejarah keluarga mendapat sakit jantung.
faktor risiko yang boleh diubah dan dikawal iaitu:
- Kencing manis.
- Paras kolesterol tinggi.
- Tekanan darah tinggi.
- Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
- Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
- Pemakanan tidak seimbang.
- Merokok.
s0 kat sini korang dapat kan sedikit input walaupun tak banyak kan.. nk bayak kena tanya doktor... ermm s0 beringat-ingat la sebelum kena cam pakwe aku tu.. dia dapat c0z merok0k banyak sangat.. oklah renung-renungkan dan selamat beramal..

.jpg)

.jpg)
